Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam
sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian
kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya
kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan
terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga
diri dan kedudukankecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di
atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya
dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap
Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin
kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau
berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan
matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu
kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan,
menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia
menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan
manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah,
keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu
adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh
penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua
makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang
ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah
untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari
bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta,
rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada
ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan
keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap
Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan
tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan
para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya
Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia
sumber : http://artikelmotivasi-islami.blogspot.com/2011/11/agar-engkau-bahagia-wahai-wanita.html